Following the opening of Lotus’s Kluang and
Lotus’s Muar last October, Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia)
today launched its third store in Melaka. The single level, 1,000 square meter Lotus’s
Mart Duyong is located within the residential area of Taman Desa Duyong.
With the addition of Lotus’s Mart Duyong, the
retailer now operates a total of 69 stores across Peninsular Malaysia.
Officiating the grand opening of Lotus’s Mart
Duyong today was Yang Berhormat Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, State Assemblymen
of Duyong, Melaka, accompanied by Yang Berbahagia Datuk Mohd Yusof Abu Bakar,
Chief Executive Officer of Melaka Corporation (MCORP), Jayakumar Govindan, Central
2 Region Store Director of Lotus’s Malaysia and other members of MCORP and
Lotus’s Malaysia leadership team.
During the store walk, Lotus’s Malaysia
Central 2 Region Store Director, Jayakumar Govindan said, “Although Lotus’s
Mart Duyong is smaller in size compared to the two existing hypermarkets in
Melaka, we see its potential in creating an ecosystem that is beneficial,
bringing convenience to both residents and businesses within and nearby this
area”.
“To give our Duyong customers the opportunity
to enjoy the many promotions on offer, the store will extend its operating
hours to 12.00am from today until 13 January 2024. Following that, the store
will operate as usual from 8.00am until 10.00pm”.
Despite its smaller build up, Lotus’s Mart
Duyong offers customers and business owners a selection of up to 5,000 SKUs ranging
from fresh produce, frozen, grocery, household products and bakery including
many of its Lotus’s Own Brand favourites.
At the opening, customers were quick to grab
first day deals like watermelon and potatoes at 0.99 sen per kilogramme. Until
13 January, customers will be treated with a free breakfast, RM5 cash vouchers
in the Lotus’s Malaysia App for newly registered My Lotus’s members and goodie
bags worth more than RM10 with a minimum spend of RM50.
In doing what is best for the community and
the environment, Lotus’s introduces its #KitakanJiran food surplus programme into
Duyong. With the help of its long-time charity partner, Kechara Soup Kitchen,
all safe and edible but unsold food products like vegetables, fruits and bakery
items will be redistributed to various vulnerable groups in Melaka. Lotus’s
Malaysia’s food surplus programme to date has successfully provided over
120,000 families with access to nutrition.
Those keen to know
more of the many exciting activities taking place at Lotus’s Mart Duyong can go
to the official Lotus’s Facebook and Instagram pages.
Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s
Malaysia) telah melancarkan cawangan ketiganya di Melaka pada hari ini, susulan
pembukaan cawangan terbaharu Lotus’s Kluang dan juga Lotus’s Muar pada Oktober
yang lalu. Stor yang diperkenalkan sebagai Lotus’s Mart Duyong ini berkeluasan
sebesar 1,000 meter persegi terletak di pinggiran perumahan Taman Desa Duyong.
Kini, dengan penambahan Lotus’s Mart Duyong, cawangan
Lotus’s Malaysia secara keseluruhannya berjumlah sebanyak 69 stor yang
dikendalikan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Cawangan Lotus’s Mart Duyong telah dirasmikan
oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Duyong, Yang Berbahagia Datuk Mohd Yusof Abu Bakar, Ketua Pegawai
Eksekutif Perbadanan Negeri Melaka (PKNM), dan juga Jayakumar Govindan,
Pengarah Stor (Kawasan Sentral 2) Lotus’s Malaysia berserta ahli-ahli
kepimpinan PKNM dan Lotus’s Malaysia.
Pengarah Stor (Kawasan Sentral 2) Lotus’s
Malaysia, Jayakumar Govindan berkata, “Walaupun Lotus’s Mart Duyong ini bersaiz
lebih kecil berbanding dua cawangan yang terdapat di Melaka, kelainan Lotus’s
Mart Duyong akan mewujudkan ekosistem yang bermanfaat dan kemudahan kepada
penduduk dan perniagaan di sekeliling kawasan ini.”
“Lotus’s Mart Duyong akan melanjutkan waktu
operasi sehingga jam 12.00 tengah malam untuk memberikan peluang kepada pelanggan
Duyong untuk menikmati pelbagai promosi yang ditawarkan bermula dari hari ini
hingga 13 Januari 2024. Selepas itu, cawangan ini akan beroperasi seperti biasa
bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Cawangan baharu ini menawarkan rangkaian
pilihan untuk dinikmati setiap pelangaan dan peniaga yang terdiri daripada kepelbagaian
produk segar, sejuk beku, barangan runcit, bakeri, termasuk pilihan menarik
Lotus’s Own Brand dan pelbagai lagi jenis produk yang dipasarkan sebanyak 5,000
SKU walaupun struktur saiznya yang kecil.
Pada pembukaan cawangan ini, pelanggan bergegas
untuk merebut tawaran yang teristimewa khas untuk pembukaan hari pertama
seperti mempromosikan tembikai dan kentang pada harga serendah 0.99 sen satu
kilogram. Sehingga 13 Januari, pelanggan dapat menikmati sarapan percuma, baucar
tunai bernilai RM5 bagi ahli My Lotus’s yang baru berdaftar dan dihadiahkan beg
sagu hati bernilai lebih daripada RM 10 dengan setiap perbelanjaan minimum RM50.
Lotus’s ingin terus berkhidmat dan memberi
yang terbaik pada komuniti dan alam sekitar dengan perkenalan inisiatif
#KitakanJiran makanan lebihan di Duyong. Inisiatif ini telah berjaya membantu
menyajikan akses pemakanan kepada seramai 120,000 keluarga. Setiap bahan-bahan
basah dapur terdiri daripada sayur–sayuran, buah-buahan, barangan bakeri yang
tidak terjual tetapi selamat untuk dimakan akan disumbangkan kepada golongan
yang kurang bernasib baik di Melaka dengan kerjasama rakan amalnya, Kechara
Soup Kitchen.
Pelanggan yang
berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai aktiviti menarik yang
berlangsung di Lotus’s Mart Duyong boleh melayari laman Facebook dan Instagram rasmi
Lotus’s.